Followers

Tuesday, December 28, 2010

Siapakah Manusia Yang Paling Bijak?


Barangkali, Manusia Yang Paling Bijak ada 3...



Yakni Imamul Muhtadin, Saidina Ali Abi Talib KW, SELEPAS Imamul Muttaqin, Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW, DAN Manusia Yang Banyak Mengingati Hari Pemergiannya DiJemput Malaikat Izrael as untuk DiSoalSiasat Oleh Malaikat Munkar Dan Malaikat Nakir Di Alam Barzakh.


Imamul Muhtadin, Saidina Ali KW.

Beliau ialah seorang manusia yang luar biasa yang mempunyai ILMU BAGAIKAN LAUTAN. Rasulullah SAW pernah bersabda "Aku adalah Kota Ilmu dan Ali adalah Pintunya. Maka sekiranya kamu ingin memasuki Kota Ilmu, maka kamu masuklah melalui Pintu itu".

Dan di dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda "Jika kamu ingin melihat PENGETAHUAN Nabi Adam a.s., kesusahan fikiran Nabi Nuh a.s., Sifat-Sifat Nabi Ibrahim a.s., Ibadat dan doanya Nabi Musa a.s., umur Nabi Isa a.s. dan SULUH ILMUNYA Muhammad SAW, lihatlah kepada orang yang datang ini." Sambil Baginda Nabi SAW menunjukkan ke arah Saidina Ali KW.

Saidina Ali KW pernah berkata, "40 ekor unta pun tidak mampu untuk memikul Tafsir keseluruhan Suratul Fatihah yang wujud dalam pengetahuanku."
*Sehingga kini, jika dikumpulkan keseluruhan Tafsir Mafhum AL-FATIHAH yang dikupaskan oleh SeKalian Para Alim Ulama' Dari Era Emas (Zaman Nabi SAW Dan Para Sahabat r.a.) sehingga kini bahkan barangkali sehingga Hari Qiamat, belum tentu lagi bisa menyamai jumlah (tafsirannya) mengikut Pengetahuan Saidina Ali KW.


Imamul Muttaqin, Baginda Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

Tidak Dapat Disangkal Lagi, bahawa sesungguhnya Baginda Nabi SAW adalah Manusia Agung yang bersifat "PALING" dalam segala perkara-perkara dan perihal yang berkaitan dengan Kebaikan Dan Sifat-Sifat Mahmudah yang Mulia lagi TerPuji.

Baginda Nabi SAW ada bersabda, "Sesungguhnya, tiap-tiap sesuatu itu berada di dalam pengetahuanku."

Paling Bijak.
Sirah sewaktu Peletakan Batu Hajarul Aswad oleh ketua-ketua kabilah arab yang berkelahi sesama mereka kerana berebut untuk meletakkan Batu Hajarul Aswad.

Strategi Peperangan, yakni ketika Perang Hunain (betulkan/tegur jika hamba silap), dengan melancarkan gerakan tentera kaum Muslimin ke kubu musuh pada waktu malam dan berehat pada waktu siang, tanpa diketahui dan tanpa dapat dikesan oleh pihak musuh. Sedar-sedar sahaja di waktu awal kesiangan hari, pasukan tentera kaum Muslimin sudah pun berada di hadapan pintu Kubu pihak musuh yang mana ketika itu mereka sungguh terkejut dan tidak sempat untuk melakukan persediaan untuk berperang, yang mana akhirnya mereka tewas dan ditawan oleh tentera kaum Muslimin.

Paling Sabar.
Walau diserang oleh kaum yang ingkar sehingga mengalami luka berdarah ketika berdakwah di Bukit Taif, Malaikat Jibril as siap offer lagi kata, "Ya Rasulullah, mahukah kamu jika aku menterbalikkan Bukit (Taif) itu lalu dihempapkan ke atas mereka semua sehingga tiada seorang pun di antara mereka yang selamat!?" Tapi Nabi SAW enggan dan menolak, bahkan Nabi SAW Berdoa lagi untuk kebaikan kaum di Bukit Taif, sehingga selepas dari itu, lahir generasi-generasi baru di Bukit Taif itu yang menjadi Para Pejuang Dan Pahlawan Islam yang Unggul dan hebat-hebat belaka.

Malah jika dikaji sirah dalam peristiwa-peristiwa yang lain, kerapkali juga Jibril as offer kepada Baginda Nabi SAW untuk menghancurkan kaum-kaum yang sering menganiaya dan menyakiti Baginda Nabi SAW kerna tidak tahan melihat Kekasih ALLAH SWT ini diperlakukan sedemikian rupa, namun baginda Nabi SAW tetap melarang Jibril as berbuat demikian, kerna KeCintaan Dan Kasih-Sayang Baginda Nabi SAW kepada Umat Manusia sejagat umumnya dan Umat Baginda Nabi SAW sendiri khususnya yang tidak berbelah bahagi, jauh melebihi dari KeCintaan Dan Kasih-Sayang Umatnya terhadap Diri Baginda Nabi SAW itu sendiri.

Paling Gagah Dan Paling Handal.
Saidina Ali KW ada berkata, "Sesungguhnya, aku belum pernah melihat manusia yang paling gagah wujud di bumi ini, yang segagah Baginda Nabi SAW bertempur, sewaktu aku melihat Baginda Nabi SAW berperang di Medan Badar." Hatta manusia bergelar Penghulu Segala Pahlawan dan Harimau ALLAH yang sinonim dan seringkali ditsabitkan dengan Keilmuan-Keilmuan Gagah inipun, mengakui dan mengiyakan keperkasaan dan kehandalan Baginda Nabi SAW.

Dan Banyak lagi.


Manusia Yang Banyak Mengingati Mati. Hangpa (cek pun samalah jugak) perati betui-betui gambaq kuboq kat bawah tu, habih crita, Mission Accomplished.


~the end~

Friday, December 17, 2010

madah untuk yang bergelar isteri

  • *      Isteri itu adakalanya kawan, adakalanya lawan. Sebab itu susah untuk diberi kepercayaan
  • *      Sewaktu – waktu isteri adalah penghibur dan penyubur jiwa. Tapi ada waktunya ia membunuh jiwa.
  • *      Lelaki cepat dewasa bila beristeri. Bertambah cepat kalau isterinya tua, lagi cepat bila isteri seorang yang bijaksana.
  • *      Hanya perempuan yang jahat sanggup mendedahkan keburukan suami.
  • *      Kalaulah perempuan yang bermadu itu dapat bergaul aman damai dengan madunya, maka perempuan itu ialah yang luar biasa.
  • *      Kebanyakan isteri menyintai suami kerana diri, harta dan pangkatnya. Sangat kurang isteri yang menyintai suaminya kerana perjuangan.
  • *      Orang yang cepat kahwin cepat pula dewasa, tapi kalau isteri selalu buat perangai akan cepatlah tua.

Wednesday, December 1, 2010

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang