Followers

Saturday, August 25, 2012

Amalan zikir untuk awet muda dan cantik berseri..


Setiap wanita pasti ingin kelihatan menarik,tak kira tua atau muda..Menarik dan menawan tak semestinya waktu muda saja,walau berusia,sesorang wanita itu boleh kelihatan menarik dan mempesona..Kata pepatah Inggeris,'look great at your age.'Jadi petua di bawah ini boleh diamalkan oleh sesiapa saja,samada tua atau muda..

Petua ini diajarkan oleh Dato Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda,menawan dan berseri..Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja,asalkan kita istiqamah mengamalkannya..

Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
~ambil air segelas
~baca al-Fatihah sekali
~Ayatul Qursi sekali
~Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
~Tiup dalam air dan minum..Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga..
{Surah al-waqiah ayat 35 -38}

Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri,awet muda luaran dan dalaman,amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

~Baca "Ya Badiyah" 1 x
~Baca "Ya Nur" 1x
~Baca "Ya Hadi" 1 x
~Baca "Ya Allah" 3x

Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan,kemudian sapu ke muka kita..Lakukan setiap hari..

Cara 3:
~Amalkan membaca ayat2 seperti berikut :

~Baca ayat ke 35,36,37 dan 38 dari Surah Al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh..
~Selepas baca ayat2 ini,hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut..

Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik,muda dan bertenaga luar dan dalam..
Semoga Bermanfaat..
InsyaAllah

Pelik sangat ke.. tiada apa yang nak di pelikkan..

nota dari hati:

orang yang menyampaikan ayat Quran dan hadis,
walaupun dia cuma seorang yang tidak mengambil jurusan agama..dipandang pelik,sepatutnya orang Islam yang tak mampu berkata-kata menggunakan ayat-ayat Quran dan hadis itu sebenarnya pelik kuasa dua atau mungkin kuasa 10 kepelikannya..
mengaku Islam, di mana letak Al-Quran dan sunnah Rasul Allah?

apakah Al-Quran letaknya ditempat tinggi hingga tak mampu di capai dan mendiami hati?

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,selagi kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku."

sedangkan orientalis mampu menghafal Quran semata-mata untuk merosakkan Islam..

inikan pula umat Islam yang mengaku tiada Ilah melainkan Allah!
apakah tidak mampu berbuat lebih segalanya untuk Islam?

untuk Allah dan Rasulnya...

perubahan itu bermula dengan diri sendiri,
ia perlu dibina hari ini,
ia tidak akan pernah datang sendiri!

CHANCE or CHANGE

Bertambah sehari lagi kita mengunakan nikmat Allah

bertambah dekatlah usia kita kepada kematian
jika hari ini kita gembira dan ketawa di atas bumi kerana kelalaian kta
satu hari kita akan menangis dengan penuh penyesalan dalam perut bumi

saat itu tak ada lagi harta kekayaan yang kita kejar dan kumpul selama ini
tak ada lgi teman-teman yang selalu gelak ketawa bersama kita
tidak ada lagi sanak saudara

yang ada hanya la amalan yang sedikit
penyeksaan, penyesalan, kepedihan dan penderitaan
disana segalanya telah terlambat
TIADA LAGI PELUANG KEDUA

selagi kita bernyawa selagi itu kita masih mempunyai peluang dan masa untuk mengumpul amalan yang sebanyak -banyaknya

jom sahabat2 semua kita kurangkan dosa tambahkan Amalan