Followers

Wednesday, June 22, 2011

Forum: Double 4 Flat

ok la tadi kan mia pergi program

Time
Tuesday, June 21 · 8:00pm - 11:00pm

Location
Auditorium Pentadbiran, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)




Manusia itu sifatnya tidak sempurna dan banyak pula kepincangannya. Kadang kala manusia itu hebat dari segi akademiknya namun pincang sedikit dari sudut kepimpinannya. Ada pula yang hebat dari segi sahsiah namun kurang memberi perhatian dari sudut akademiknya. Tidak kurang juga ada yang memiliki ciri-ciri ketokohan yang hebat namun tidak memiliki akhlak yang baik.

Justeru, “Forum Double 4 Flat” menampilkan dua orang tokoh iaitu Prof. Madya Dr. Kamarulzaman bin Yusof, Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM dan Ustazah Nazneen binti Ismail, Pensyarah Akademi Islam KUIS yang serba berkebolehan dari segi akademik, kepimpinan dan sahsiahnya untuk memberi perkongsian kepada mahasiswa mengenai pengalaman peribadi, segala onak duri yang pernah dilalui sebagai seorang mahasiswa serta berkongsi tips yang wajar sehingga dapat membentuk peribadi insan yang hebat dalam diri mereka.

0BJEKTIF
1. Melahirkan mahasiswa yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.
2. Menyedarkan mahasiswa tentang pentingnya mempunyai keseimbangan ilmu dan amal dalam aspek duniawi dan ukhrawi.
3. Membangkitkan semangat mahasiswa dan mahasiswi untuk mencapai kejayaan yang berterusan dalam kehidupan.
4.Memberi pendedahan tentang tips-tips untuk mencapai kejayaan yang berterusan dalam kehidupan.


SASARAN:
semua yang bergelar MAHASISWA

ANJURAN
Exco Akademik dan Penyelidikan, Majlis Perwakilan Mahasiswa, KUIS dan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengurusan dan Muamalah (PMFPM).
tapi bukan ini yang mia nak cerita kat korang sebenarnya.. yang mia nak kongsi ni..
 apa input yang mia dapat dan dah sedia tahu.. mungkin ada di antara kawan2 mia ni pun dah tau tentang hal ni, tapi tak mengapa.. jom kita sama2 renungkan dan muhasabah diri.. jadikan ini sebagai recall/refresh/revise back our memory..

di sebab an mia terlampau excited gila nak pi program tu tapi gerak 1 jam lewat maka hanya dapat dengar part akhir masa 1st round, 2nd round n 3rd round.

1st of all kita kena la yakin dengan ketentuan Allah. dalam Surah Al-Baiyinnah ada mengatakan 
(mereka adalah makhluk2 yang di redhai Allah).
2nd input adalah ketaqwaan kita kepada Allah. 3rd kita kena percaya pada qada' & qadar.

antara apa yang mia peroleh untuk 2nd round ialah:
1st solat, jaga solat kita.. ustaz fiqh islami 2 mia pernah cakap kat lam kelas kuliah bahawa solat boleh mencegah kita dari melakukan kemungkaran.. tapi macam mana pulak kita solat tapi doa tak diterima? sah ke solat kita? di kira ke solat itu di pandangan Allah sedangkan doa kita tak makbul? mengapa semua ni jadi? jawapannya senang je kata ustaz.. cuba kita muhasabah diri..
kalau2 doa tak makbul kenapa? semua yang terjadi mesti ada akar umbinya..
suci itu terbahagi kepada 2. satunya ialah suci dari najis maknawi & lagi satu najis hissi.
tidak sah solat kita tu kalau kita masih melakukan perkara2 yang tersenarai dalam najis maknawi.
apa najis maknawi tu? dia antaranya ialah mengumpat, benci, hasad dengki, menipu, sombong, riak, takabbur, dan perkara2 yang negatif.. jadi sama2la kita renungkan kembali apa yang kita dah buat.. perbaiki diri insyaAllah amalan kita akan diterima.. doa n minta pada Allah dengan sifat Twaduk insyaAllah.. Allah maha Pemurah dan sangat suka apabila hambaNya meminta kepadaNya.
bila solat dah terjaga maka secara automatiknya kita akan terpelihara dari perkara2 maksiat/ perkara2 yang tidak baik khususnya. maksiat /perkara xbaek tu melingkungi dengan segala perbuatan kita kat atas dunia ni, sama ada baik ke tak? jadi, kawan2 kita ni perlulah usaha dengan jujur walaupun tiada orang yang nampak sebab Allah maha Melihat & maha Mengetahui.. ngee
Last but not least for this point is,
kawan2, jagalah hubungan kita ni dengan Allah nescaya Allah akan menjaga/melindungi kita.
kadang2 kita minta kat Allah lain, tapi Allah bagi kita lain, percaya & yakinlah bahawa Allah dah tetapkan jalan yang terbaik untuk kita, kita cuma perlu pilih je.. pilihan di tangan kita..

next, kita perlu buat persediaan diri sebelum kita melangkah ke dunia luar yakni dunia pekerjaan.
di mana kita perlu kenalpasti kemahiran kita. sepatutnya kita sebagai mahasiswa ni semestinya dah ada perancangan untuk masa depan, sama ada dalam jangka masa pendek mahupun panjang bagi memudahkan kita memilih bakal haluan2 yang ada di depan kita. supaya kita senang melihat/mengetahui/mengenalpasti tujuan/matlamat kita.

kadang2 terdapat banyak jugak faktor2 yang buat kita tak mampu mencapai apa yang kita mahu
contohnya la kan waktu, makanan,sekeliling dan sebagainya..
selalunya orang yang beroganisasi ni masanya terhad, maka pengurusan waktu tu amatlah penting..
bagi makanan pula kalau orang dulu2 makanannya lebih natural, berbanding sekarang makanan fast food lebih menjadi pilihan, keropok2 yang tidak sihat untuk badan mahupun minda.. jaga pemakanan anda ok.
sekeliling pula, dari segi penempatan tempat tinggal, rakan2, keluarga dan cara hidup.. mungkin ada yang terbawa2.. carilah rakan yang boleh membimbing anda ke arah kebaikan..

jangan ada sikap was2, lau nak wat keputusan tu payah la bebenar orang kata..
ini tak cantik, ini betul ke, ini boleh ke.. hello u guyz nak jadi mahasiswa berjaya kena yakin dengan keputusan yang di ambil! show ur confidence then people will respect u. next kita kena tahu potensi diri kita.

bak kata dr afifi yang sekarang jadi fellow kat university oxford tu..
tanpa pengorbanan kita tak kan jadi seperti apa yang kita mahu!

kalau nak tafsirkan pengorbanan ni besar sangat2.. n banyak sangat2..
macam hidup mia sekarang ni la kan, hidup student..
korban masa, masa tidur, makan, tenaga, duit, masa nak balik umah pun korban..
kalau tiap minggu tengok kawan2 balik umah, mia duduk kat kolej je..
tu korban la tu.. ahahah

macam mana nak cemerlang akademik seiring dengan dakwah?
kena pandai urus masa, motivate diri, jangan paksa diri jika tak mampu.
contohkan, senior mia cakap kat mia. adeq, lau kita ikhlas tolong jalan Allah ni, Allah akan bantu kita.. kita uruskan program untuk manfaat orang lain n kita bersama insyaAllah kita dapat ganjaran dari Allah.. pointer tu Allah akan bantu kita sebab kita dah jaga masa, jaga hubungan, berjuang kat jalan Allah. sebab kita ni bukan nak kejar pointer 4 flat atas dunia je tapi kat akhirat sama, so tepuk dada tanya iman..

yakin dengan keupayaan diri. ukur baju di badan sendiri dan  boleh berubah kepada yang lebih baik. kalau contoh sekarang pointer rendah, improve la sikit2 jangan la pulak nak terus dapat 4 flat.. bagi kitaq yang dah pandai ni jangan la pulak sombong sangat, ajarla kawan2 yang lemah ni supaya sama2 berjaya.
 tak rugi pun la kalau kita tolong dye sebab bila kita ajar orang lain ni, secara automatik kita punya memori/ daya ingatan tentang benda tu makin kuat.. lebih mudah faham, Allah bagi kefahaman lebih lagi.. mudah untuk kita ingat waktu exam nanti cotohnya, soalan ni aku pernah ajarkan kat si A, alhamdulillah ingat lagi aku soalan ni.. tau tak, bila kita tolong ajar orang lain,orang tu akan ingat kita sampai bila2, secara automatik dye akan doakan kebaikan untuk kita.. pujian dari dye tu pun doa tau.. ha untung tak? padahal ajar dye je pun.. so lepas ni rajin2la tolong kawan2 ok.. sesama islam ni elokla meringankan beban saudaranya kan ngee

last okeh sebab mia pun dah penat ni esok ada lab test data structure n Object-Oriented-Programming...
jom la kita pakat ramai2 perbaiki diri dari hari ke hari. buat sikit2 lama2 cantik dalaman iaitu hati.
tetapkan la matlamat ye semua bahawa kita nak kejar akhirat yang selama2nya bukan dunia yang bersifat sementara.
doakan diri supaya jauh dari fitnah dunia. meh check diri dan muhasabah balik mana salah silap kita dan minta ampun kat Allah.
amalkan doa yang terdapat dalam surah Al-Baqarah ayat yang akhir
(minta dijauhkan dari perkara yang kita tak mampu nak hadapi)

Allah tidak akan mnguji hambaNya jika Dia tahu kita tak mampu nak mengatasi ujian tu.
ni je perkongsian buat malam ni harap lau de salah silap atau sebarang penambahan boleh la anda komen bagi sama2 dapat ilmu..

wallahualam~

Monday, June 20, 2011

oh yeah entry sejak 2 menjak ney adalah luahan..
kenapa? ikowt suka sye la ye..
followers dr 69 jd 68.. it's ok.. it's alrite..
next time i found out then i'll let me out of their b.... ngee

antara follower2 ku yg stia..






thanx u all..

Saturday, June 18, 2011

tadi saya buka fb.. then baca2 ternampak senarai blog bakal di hack..

then p la pulak tgk kt http://taotauajer.blogspot.com/

http://www.gengblogger.com/apollo.txt



hello my blog in the list...
what!
ney cheq nak habaq mai ckit.. cheq xkco hang, jgn kaco cheq k..
pe la aq dh wt kt ko smpai nk hack blog aq..
dr ko hack blog aq baek ko hack kementerian kewangan..

d sbb an mood aq pown xbpe baek n brtmbh xbaek ble tgk list name tu..
lntk ko la ye.. manfaatkn la kepandaian yg d bri tu dgn sbaiknye.. jgn slh gune..

info: setelah semalaman aq berfikir dengan menggunakan logik akal..
aq ase cm tau nape blog aq de lam list bakal kena hack ney..
sbbnye aq ping blog aq kt geng blogger...
d sbb an si hacker2 yang terlampau pandai sangat ney dah hack website geng blogger..
jadi secara tak langsung nama blog aq de lam list tu,
tu yang blog aq jd pemes tu sampai nak kena hack.. termasuk lam senarai..
wah popular gitue lorh..

tp jgn la hack, xsian ke kt aq ney usaha aq kt blog ney bnyk ney..

Wednesday, June 8, 2011

khasiat dan Hikmah-Gunakan Sebaiknya

Ini adalah doa – doa yang diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, ulama’2 dan lain2. Cara2, peraturan2 untuk kesihatan tubuh badan yang berpandukan dari kitab AT-TIBBUN NABAWI.. seribu rahsia kebaikan surah Al-Fatihah dan mengikut pandangan doctor. Segala ubat2 dan tumbuhan boleh ditanya pada orang2 tua kita..mereka lebih mengetahui..
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: dan Kami(Allah) turunkan sebahagian dari Al-Quran itu adalah untuk menjadi penyembuh (kepada penyakit / penyakit rohani) dan menjadi rahmat bagi mereka yang beriman.
                                                                                                                                                (Al-Isra’ 82)
Sabda Junjungan s.a.w:
Maksudnya: bagi setiap penyakit itu ada ubatnya.
(Al-Hadis)
Kini dihimpunkan hikmah2 / rahsia surah Al-Fatihah dan doa2 yang lain dengan tujuan untuk kebaikan kaum, Muslimin dan Muslimat. Sebelum membaca atau mengamalkan kesemua atau salah satu dari ilmu ini, harap kalian dapat la membacakan Surah Al-Fatihah.

Air Panas / Api / Minyak Panas
Apabila terkena air panas atau minyak masak.
Ubat yang paling mustajab:
*      Asahkan kulit kura2 dengan air, kemudian bubuhkan ke tempat yang terbakar.
*      Ambil madu asli dan bubuhkan ke tempat tersebut.
*      Ambil sudu hidup atau susu pekat kemudian bubuh pada tempat yang terlibat.
*      Bubuhkan mana2 ubat gigi ke tempat yang terkena panas api atau minyak.
*      Ambil telur putih dan lumurkan ke tempat yang sakit.

Aids
Penyakit ini ialah sejenis virus yang diberi nama HTL V-lll. Dalam penyakit AIDS, Sel Limfosit darah putih akan dimusnahkan oleh virus AIDS.
Tanda2 awal ditimpa penyakit ini:
1)      Demam
2)      Berpeluh di waktu malam
3)      Badan menjadi lemah
4)      Berlaku cirit – birit
5)      Berat badan menurun dengan cepatnya
6)      Mudah menjadi lupa
7)      Bengkak di bahagian limpa
8)      Akhirnya menjadi sawan dan sesak nafas
Ubat penyakit AIDS:
*      Minumlah air rebusan akar pokok kemboja

*      Minumlah air perahan atau rebusan akar pokok tembikai

Alahan Mengandung
Ambil pokok beka, kikis buangkan kulit arinya, kemudian tumbuk dan perah, lalu ambil airnya kemudian minumlah. Kalau kurang mujarab, campurkan dengan daun ngading.

P/S: SILA DAPATKAN NASIHAT DOKTOR TELEBIH DAHULU~